Thursday, July 5, 2012

hey kakak! I'm stucked with you!

tempoh hari ada sister datang kat kakak. kakak sedang bernyanyi nasyid. dia berwajah sugul. kakak buat bodoh je, sebab buat bodoh tak perlu tenaga untuk melakukannya. hahahah. pemalas kan? inna lillah... anyway, dia cakap pada kakak, dia tak boleh terima naqibahnya tak cantek dan hitam. eh? bukan bukan bukan. dia tak boleh ngam dengan naqibah barunya. dia kata, kenapa tukar useroh pula, kenapa ada grading2 pulak, naik useroh turun useroh, dia dah biasa ngan yang lama, dia rasa sukar nak serah hati pada yang baru, dia rasa orang tarbiyah mana boleh judge meng-judge dan hanya allah taala saja bole judge, dia rasa yang baru ni jaooooooh (sila baca sambil nyanyi lagu jenal abiden tu yer), dia rasa rindu kat naqibah lama, dia rasa takleh curhat ngan naqibah baru, dia rasa naqibah baru ni tak ada qudwah, dia rasa naqibah lama sangat dekat di hati blablablaba. kakak senyum kerang kat dia.

pastu dia cakap "hey kakakkkkk. cakap la pape"
kakak jawap "pape!"
dia marah "kakak ni suke laaaa camni"
kakak jawab "memang sukeeeee"

pastu kakak pun buat muka siyes.
"heyy makcik!" panggil kakak kepadanya. ini adalah panggilan hormat akak kepada mana2 sister tau, ini bukan makcik yg bertahap makcik.
"kamu ni baca lah surah baqoroh ayat 1-20. bukan ke dalam tu Allah ajo kite kelaskan manusia ikut tahap nya? bukan judge menjudge ke hape, tapi suruh kelaskan supaya kita bole tahu apa kebenda kita nak dakwahi kepada mereka. kenape laaa suka sangka bukan2?" sister tu terlopong.
"ea?" dia mengerutkan dahi.
"pastu, kamu rasa dalam donia ni ada sorang je ke kakak yang kamu bole curhat? ada sorang je ke kakak yang kamo bole teladani? ada sorang tu je kakak yang faham kamu? ada sorang tu je kakak yang mendoakan kamu sampai tertumpah air mata lapan jug? mana kamu tahu siapakah yang sebenarnya betul ikhlas mengingati kamu dalam doanya? apakah kamu sudah mengingatinya dalam doa kamu dan bersujud pada Tuhan Rabbul Alamin semata-mata mendoakan agar naqibah kamu itu diberi petunjuk dan hidayah dan Allah mempebaiki hubungan kamu? macam mana orang nak buat kat kamu itu semua kalau kamu pon kedekut nak buat karangan doa untuk dibacakan depan Tuhan kamu semasa kamu sujud?" kakak bercakap tanpa henti, lalu kakak sengih menunjukkan gigi.
"aaaa.." dia berfikir. terlihat mentol menyala.
"ha. amacam. cukup tak? mau lagi?" kakak menambah sambil get ready nak sambung bebel.
"cukup cukup cukup. Ok bye." dia cau dengan segera .sambil menyarung sandal, dia menggetus, "kakak ni garang! nyampah!"
tanpa teragak-agak, tanpa menoleh ke belakang, dia segera menghilang.

kakak garu kepala. "aik, tadi dia suruh saya cakap. bila saya bercakap, dia kata saya garang. bila masa saya marah dia?" kakak pun teruskan menyambung nyanyian riang... lallalaala..