Thursday, January 19, 2012

ratib beracun: zikir "TIDAK!"

salam.

hi semuaaa... selamat kenal-kenal. *winking-but-to-akhowats-only*
saya kakak. kakakwearsniqob. tee he he. sajeje buat blog ni. kerja banyak, tapi tak cukup banyak kalau tak buat blog nih.pfffft :-P~

hmm. sume mesti taasub ngan ISK kan? sampai kalau boleh, kucingpun nak diberi isk. btol tak? hmm tau tak, baru-baru ini fesbuk juga telah mula ambil berat dengan 'timeline' mcm ISK kita. nyata, kita tak hanya berjumpa dengan graf timeline semasa mendengar pengisian "ISK- Ini Sungguh Kool" sahaja. rupanya fesbuk juga ingin terjun sama meniru fenomena garisan dan graf ini. lalu diperkenalkan kpd kita apps terbaru fesbuk, iaitu timeline. di situ kakak dapati pengguna boleh merekod timeline ttg apdet2 status, gambar serta whereabouts dan segalanya. hebat benar perkembangan fesbuk, yang sentiasa cuba merajai hati pengguna. espeselli pengguna yang gemar membunuh masa dan memaparkan setiap inci hidup peribadinya.

namun apepun, seiring dengan perkembangan fesbuk ini, pada entri pertama ni, kakak ingin menyeru diri sendiri dan antum semua untuk cuba menjengah lembaran diari tarbiyah kita. garisan timeline kita, yang mungkin saja akan bernoktah bila-bila. dari hari kita lahir semula sebagai muslim i-kecil, kendian mula mengenal ABC dan alif ba ta ttg tarbiyah, lalu kita pun mula mumaiyyiz- dapat membezakan antara wangian taat penuh kehambaan dan kebusukan lumpur najis jahiliah yang stinking dan berkarat-karat yang sungguh memualkan. satu persatu jahiliah disayonarakan, dan sedikit demi sedikit amal-amal wangi kita ditambahkan. kitapun mulalah menyampaikan perasaan rawan berbunga-bunga kita yang tak tertahankan ini kepada insan sekeliling...

setelah itu, datanglah fasa baru. kita pasti masih belum lupa, saat kata-kata sindiran berbunyi seperti nyanyian biola putus tali. tak cukup itu, malah mungkin hinaan dan kejian dilemparkan atas perubahan kita. mungkin ada antara kita yang jauh lebih malang, apabila perubahan ke arah syurga dianggap rakan dan keluarga sebagai jalan sesat dan tapak syaitan. hati yang rawan dan berbunga-bunga dengan hidayah mula ditongsampahkan, dikeji dan dijambankan. whaaaaat? eww. jamban kerr~. YES. I've seen someone yang diherdik dengan that word. kesian! oh, sure sgtlah pedihnya luka itu, parutnya maybe masih berdarah sampai sekarang, kan???

namun, walau teruk camne pon, mujur ada teman-teman sejati yang mengisi kosong jiwa kita saat keseorangan.. dengar kita share rasa hiba, dia share juga rasa hatinya, sama share baju labuh, tudung, beg dan segala yg boleh share. dia beri duit saat kita lapar tak makan. kita beri senyuman saat serahkan kereta yang dipinjam yang dicalar balar dan diremukkan. di situlah kita mula belajar, apa itu ukhwah teras kegemilangan... suatu yang dibuktikan dengan amal, bukannya sekadar laungan bingit yang rapuh dan kosong.

lalu kita mulai faham pula bahawa tugas menyeru manusia ke arah Allah ini akan jauh lebih efektif bila kita tidak sendirian... lalu kita menggabungkan tangan kita atas bahu-bahu kita-kita semua yg lain. dan bermulalah perjalanan kita sebagai tentera kalimah Tuhan... walau sebenarnya kita langsung belum sempurna dan sarat dengan noda dosa, riyak takbur sume kadang pun masih ada, namun kita terus berjalan. sambil memadamnya inshaAllah. then tibe2 kita ada hadek yg usrah ngan kite. kadang hebat lagi, hakak pon mai nak usrah ngan kite. kalo lelaki habang lah. wowwee. hidup sungguh ceria mengelilingi bulatan2 gembira dan percutian-percutian wiken pakej 2 hari 1 malam penuh gemerlapan cahaya hidayah!

dan. setelah berminggu2, berbulan2 bertahun2 dilalui.
smpailah kita ke saat berlakunya gelombang besar dalam garisan graf hidup kita.

taraaaa~..
kita start kerja.
ada yg start duduk dengan parents.
hidup mulai rutin. pegi keje. balik keje. pegi keje. balik keje.
most importantly- my life is now SECUREEEEEEEEEEEDDD. i loikeee. no more sharing maring baju. no more takde duit makan. no no no~. ouhh thanx Allah ailebiu..

then some of us ada yg tambah gelombang lagi.
twirl, swing n swirl.
that is.. kawen! pang pang kopang kopang kopang gibing gibing... hehe.

then. whats next?
ofkoz laa kereta. rumah. pelaburan. takaful. saham. perabot. simpanan. emas. properties. bisnes. hartanah. har-angin. har-api. har har apa semualah. pastinya semuanya besssst. osssem. mewah bergaya. penjaminan masa depan. lumayan.

dan ironi sekali,
sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas nikmat yang membuak-buak ini,
kakak rasa adakala kita jadi hilang malu mengucapkan "TIDAK" terhadap obligasi kita.
dan kita dengan senang hati sesedap stroberi menambahkan ajinamoto jenama "maaf" terhadap ucapan "TIDAK" itu tadi.

tahniah la.
kakak rasa ajinamoto memang mampu membuat penyamaran,
hingga benda tak sedap zero khasiat menjadi sungguh meliurkan.
walau beracun tp seriuously meliurkan..
yammi. slurrrp.

No comments:

Post a Comment